TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Thursday, November 25, 2010

15,433 Belia Sabah MAsih Menganggur?



Jabatan Tenaga Kerja (JTK, Sabah) telah merekodkan seramai 15, 433 belia di negeri Sabah masih belum mempunyai perkerjaan sepanjang tahun 2010 nie. Wah...15,433? Ramai tuh...dan aku rasa aku tergolong dalam 15,433 tuh... Hehe. 

Angka 15,433 nie dipecahkan kepada beberapa golongan iaitu seramai 7,960 orang merupakan lulusan SPM, 2,232 orang merupakan lepasan STPM, 2,597 orang lagi merupakan lepasan Diploma dan bakinya 2,648 orang merupakan lulusan Ijazah. 2,648 Ijazah? 2,597 Diploma??? Wah...bukan angka yang sikit tuh. Patut larh...banyak rupanya yang tanam anggur di Sabah nie.

Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri Sabah nie untuk mengurangkan kadar pengangguran adalah dengan menawarkan Program Skim Sangkutan dan Lanjutan (SSL) tetapi khusus kepada lepasan Diploma dan Ijazah saja. Dan aku juga kira baru habis temuduga SSL baru-baru nie untuk tahun2011. Ntah larh dapat ke ndak nie. Kalau dapat ALHAMDULILLAH...kalau ndak dapat...apa boleh buat...teda rezeki...hehehe.. Tapi aku kira bertuah larh cez dapat panggilan interview baru-baru nie di mana hanya 3 calon Diploma dan 10 calon lepasan Ijazah saja yang layak dipanggil interview dan aku larh salah satu.hehehe...

Jobs Central memberikan khidmat untuk melaporkan jawatan kosong terkini... Sama fungsinya macam job street..jen jobs... Tapi kalau korang daftar kat Jobs Central nie korang boleh Menang Hadiah tau! Daftar Percuma lagi... Jom Daftar Jobs Central kat sini... Jobs Central


0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails