TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, November 26, 2010

10 Perkara Tentang JIN - Ustaz Hj.Ismail Kamus





1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah
beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah
ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.  Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam
dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
 
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan
kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka
sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik
beradik jin lah tuu.

  
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc),
tandas dan kubur.
  
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala
Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."   Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu"
Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

 
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik
nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi
Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di  hadapan
nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi
Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
  
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di
waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang
(tanah).

  
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin
suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah,
sehingga habis. Jin lari selama 3  hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka
sangat menepung tawar !!!
  
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat
Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.


 Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan  bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Ringkasan dari ceramah Ustazah Bahiyah  Hati hanya boleh isi satu either malaikat or syaitan.   Dialog Nabi Nuh & syaitan ketika nak pindah naik kapal besar. Syaitan kata  ada 5 cara dia goda anak adam tapi dia nak cakap 3 cara sahaja dua lagi dia  tak mau cakap. Allah ilham kan Nabi Nuh suruh tanya yg dua kerana yg itu  lebih utama..jawapan syaitan  1) sifat hasad dengki (kisah iblis x nak sujud kat Nabi Adam)  2) sifat tamak haloba ( Adam keluar syurga)   

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails