TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, January 14, 2011

Jom Uji Bakat AF9

0 Komen Terbaik


Haa, ada sesiapa sini yang nak masuk AF9 ke? Kalau korang rasa ada bakat dan nak cuba-cuba ikut uji bakat untuk AF9 nie, bagus korang test-test bakat terpendam korang tuh...yalah, aku takut kang menyesal pula cez almaklum larh kan AF9 nie merupakan AF yang terakhir dan lepas nie tak akan ada AF lagi. No more AF, ok! hehe

Seperti mana yang telah disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Azlin Reza Azmi, musim AF yang terakhir nie akan menampilkan kelainan yang mana, ia bakal menggamit nostalgia AF dari musim pertama sehingga musim yang ke-8 dan buat pertama kalinya uji bakat AF9 akan dibuat secara online... (macam Ana Rafali =)

Bagi sesiapa yang melepasi uji bakat online nanti, mereka tidak perlu berdepan dengan ujian stage pertama. Sebaliknya mereka perlu menjalani stage kedua hingga keempat di 2 lokasi uji bakat iaitu Sabah & Kuala Lumpur. Uji bakat secara online nie telah bermula secara rasminya pada 13 Jan 2011 (kelmarin). Setakat nie, juri yang terlibat untuk 2 lokasi utama uji bakat itu nanti ialah Cikgu Shafi, Cat Farish dan Edry Hashim.

Lokasi uji bakat:

Sabah:- Hotel Promenade, Kota Kinabalu/ 28, 29 dan 30 Jan 2011.
Kuala Lumpur:- Stadium Nasional Bukit Jalil/ 11, 12 dan 13 Feb 2011.

Korang boleh menghantar video uji bakat korang menerusi langkah-langkah di bawah:-

1. Pilih lagu yang disenaraikan di laman web nie. www.akademifantasia.com.my
2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
3. Upload video anda di www.youtube.com
4. Download borang uji bakat yang tedapat di laman web nie. www.akademifantasia.com.my
5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube korang ke akademifantasia@astro.com.my
6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.
7. Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.
8. Tempoh uji bakat secara ONLINE - 13 Jan 2011 sehingga 26 Jan 2011.


So? Apa lagi? Kalau terasa nak cuba...cuba jer... Mana tau kot-kot sangkut kan? hehe...

AF9 AF yang Terakhir!

0 Komen Terbaik


Sah! Memang dah Sah!!! Hehe, apa yang Sah tuh? Nak kawin ka? Hihi...oppss, bukan...nie, aku nak habaq kat korang nie pasal desas-desus sebelum nie yang mengatakan tiada lagi AF selepas AF8 atau pun AF9 merupakan AF yang terakhir dalam sejarah AF kini telah terjawab!

Azlin Reza Azmi (Pengurus Saluran AstroRia) telah mengesahkan di mana program realiti nombor satu di Malaysia itu tidak akan diteruskan lagi pada masa akan datang, katanya sewaktu majlis pelancaran pengumuman AF9 yang berlangsung di Restoran Delicious.

Penganjuran AF yang terakhir bukanlah disebakan faktor SMS yang kurang mendapat sambutan. Malahan, ianya juga tiada kena mengena dengan faktor bajet tinggi atau pun rating tv. Keputusan nie dibuat disebabkan pihak Astro mahu cuba membuat program baru yang lain.- Sumber- Murai.com.my

Tahi Bintang melintas di 7 negeri di AS?

0 Komen Terbaik

Gambar yang disiarkan dalam laman "Theweather Space.Com" menunjukkan objek misteri dipercayai tahi bintang.


MIAMI - Satu objek misteri melintasi 7 buah negeri di Amerika Syarikat pada malam Selasa yang lalu. Pihak berkuasa berkata, cahaya misteri yang dipercayai tahi bintanng itu dapat dilihat dari negeri Oklahoma hingga ke Florida. Kakitangan-kakitangan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerima berdozen-dozen panggilan berhubung objek misteri tersebut.

Pengarah Pengurusan Kecemasan di Daerah Copiah, Randle Drane menyatakan beberapa orang telah melihat cahaya itu dan mendengar satu bunyi kuat telah bertindak menghubungi pihak berkuasa. Cahaya misteri yang kelihatan seperti bebola api itu dapat dilihat di Greenwood, Jonesboro, Jackson, Mississippi, Biloxi, dan Florida- Kosomo! Online...

Peluang Kerja 20,000 untuk penduduk Sabah

0 Komen Terbaik



Menurut berita online yang aku baca (Utusan.Com), Pembangunan Pusat Peranginan Bersepadu Eko-Karambunai yang bernilai RM6.5 billion di negeri Sabah nie dijangka mampu menyediakan lebih 20,000 peluang pekerjaan. 20,000 peluang pekerjaan? Wow, kira banyak tuh...

Datuk Seri Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah) memberitahu, projek yang dijangka disiapkan dalam temph 10 tahun itu mampu memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan di negeri ini. Projek nie juga merupakan salah satu daripada 133 projek permulaan yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dalam Bajet 2011.

Aku harap lepas nie, masalah pengangguran dikalangan belia Sabah akan berkurangan... harap-haraplah. AMIN.
Related Posts with Thumbnails