TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, January 14, 2011

Jom Uji Bakat AF9



Haa, ada sesiapa sini yang nak masuk AF9 ke? Kalau korang rasa ada bakat dan nak cuba-cuba ikut uji bakat untuk AF9 nie, bagus korang test-test bakat terpendam korang tuh...yalah, aku takut kang menyesal pula cez almaklum larh kan AF9 nie merupakan AF yang terakhir dan lepas nie tak akan ada AF lagi. No more AF, ok! hehe

Seperti mana yang telah disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Azlin Reza Azmi, musim AF yang terakhir nie akan menampilkan kelainan yang mana, ia bakal menggamit nostalgia AF dari musim pertama sehingga musim yang ke-8 dan buat pertama kalinya uji bakat AF9 akan dibuat secara online... (macam Ana Rafali =)

Bagi sesiapa yang melepasi uji bakat online nanti, mereka tidak perlu berdepan dengan ujian stage pertama. Sebaliknya mereka perlu menjalani stage kedua hingga keempat di 2 lokasi uji bakat iaitu Sabah & Kuala Lumpur. Uji bakat secara online nie telah bermula secara rasminya pada 13 Jan 2011 (kelmarin). Setakat nie, juri yang terlibat untuk 2 lokasi utama uji bakat itu nanti ialah Cikgu Shafi, Cat Farish dan Edry Hashim.

Lokasi uji bakat:

Sabah:- Hotel Promenade, Kota Kinabalu/ 28, 29 dan 30 Jan 2011.
Kuala Lumpur:- Stadium Nasional Bukit Jalil/ 11, 12 dan 13 Feb 2011.

Korang boleh menghantar video uji bakat korang menerusi langkah-langkah di bawah:-

1. Pilih lagu yang disenaraikan di laman web nie. www.akademifantasia.com.my
2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
3. Upload video anda di www.youtube.com
4. Download borang uji bakat yang tedapat di laman web nie. www.akademifantasia.com.my
5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube korang ke akademifantasia@astro.com.my
6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.
7. Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.
8. Tempoh uji bakat secara ONLINE - 13 Jan 2011 sehingga 26 Jan 2011.


So? Apa lagi? Kalau terasa nak cuba...cuba jer... Mana tau kot-kot sangkut kan? hehe...

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails