TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Thursday, March 3, 2011

Quaker Oats Sihatkan Jantung Malaysia

2 Komen Terbaik
Aku suka sangat dengan iklan Quaker Oats yang kat TV tuh. Bagi aku ianya sangat bermanfaat. Bukan macam iklan yang lain tuh, hanya tau merepek saja semata-mata nak promosi. Masa tengok iklan quaker oats tuh ketawa pon ada. Bukan apa, yang buat aku ketawa ialah part yang hujung-hujung tuh...ala, part yang ada sorang mamat segan-segan nak buat exercise kat depan pintu restoran tuh. Busy macam mana pon hidup, kesihatan kena jaga juga. Terutamanya jantung. Hissy...jangan main-main dengan jantung nie.Bahaya! Jantung memainkan peranan penting dalam pengaliran darah dalam badan. Kalau jantung tak berfungsi dengan baik, maka pengaliran darah tadi tidak akan seimbang. Merokok merupakan salah satu punca masalah jantung. Yalah, korang pon tahu kandungan sebatang rokok tuh kan yang mana dapat merosakkan jantung kita. So, berhentilah merokok. Bak kata orang, mencegah itu lebih baik kan?

Sejajar dengan saranan iklan quaker oats tuh, quaker berhasrat membantu rakyat Malaysia menjaga jantung mereka. Quaker memulakan kesedaran kesihatan jantung dengan "Cabaran Jantung Bijak Quaker" pada tahun 2004. Dan tahun nie, quaker mempertingkatkan lagi usahanya dengan melancarkan kempen "Quaker Sihatkan Jantung Rakyat Malaysia". Matlamatnya adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengurangakan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol.

Kenapa Oats? Oats mengandungi lebih banyak protein, kalsium dan vitamin E dari biji-bijian (gandum, beras merah atau gandum jagung) pada satu gram per gram. Oat mempunyai jumlah serat larut yang tinggi berbanding dengan gandum dan atau beras. Oleh tuh, selalulah makan quaker oats. Quaker oats dapat menurunkan paras kolesterol. Dan quaker oats juga sesuai dimakan dalam pelbagai resepi, yang penting kretif. Dan korang juga boleh mencuba beberapa resepi oats yang mana menyelerakan disamping menjamin kesihatan korang. 

Quaker Chrunchy Prawn With Sweet Sour Sauce

Sweet & Spicy Chicken Oats

Oats Milk Shake

Anchovies Oats Porridge

Quaker Salad Prawn

Oat Century Egg Porridge

Heart For Life Porridge

Quaker Butter Salmon

Fresh Orange Quaker Oats Malaysia

Yum yum...macam sedap jer. Ha, kalau korang nak dapatkan resepi quaker oats macam nie...korang boleh dapatkannya sendiri official web quaker oats. :D

Wednesday, March 2, 2011

Tutorial Buat Scroll Box

2 Komen Terbaik
Salam semua...hari nie aku nak tunjukkan cara bagaimana nak buat scroll box. Aku suka sangat scroll box nie cez ianya dapat menjimatkan ruang kat sidebar dan juga dapat mengemaskan blog kita. [kemas ke blog aku nie? uhuk...hehe] Aku tahu banyak yang dah tahu bagaimana nak buat scroll box nie. Mungkin korang lagi arif. Aku bukan apa, just nak share dengan qiqie cez dia nak tahu cara nak buat scroll box nie. Dan sesiapa yang nak tahu cara buat scroll box nie korang boleh refer kat sini, wokey?


Untuk buat scroll box bergambar, cope jer kode kat bawah nie then paste dekat Html/Javascript yang baru.

<center><div style="background-color: pink; border: 3px solid rgb(204, 204, 204); height: 300px; overflow: auto; padding: 5px; width: 260px;">

<a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>

</div>
</center>

Penerangan;-

Background-color: pink - boleh ditukar dengan color lain contoh black, white etc.
Height: 300px; - Ketinggian scroll box. Ubah mengikut kehendak korang.
Width: 260px; - Lebar scroll box. Ubah mengikut lebar sidebar korang.
Link untuk dibuka - Letak link/url yang hendak dibuka apabila gambar diklik
Url gambar - url gambar yang korang nak pamerkan.

note: 
- sekiranya korang nak letak gambar saja, guna kode <img src="url gambar" />.

Harap tutorial nie dapat membantu (^_^). 

Tuesday, March 1, 2011

Meat Balls Si Mas

3 Komen Terbaik
Salam semua. Dua tiga hari nie aku tunggu-tunggu si mas nie. Tapi batang hidung pon tak nampak. Tekak aku nie kalau dalam seminggu tak makan meat balls buatan si mas rasa macam lain jer. Kekadang rasa macam ketagih makan meat balls larh pula. Aku pernah beli meat balls yang ada jual di supermarket tapi tuh larh, sekali jer aku beli. Tidak untuk kedua kali. Tak sedap. Tak sama macam buatan si mas nie. Kalau makan sekali, pasti nak lagi. [wah, macam KFC larh pula...hihihi]


Meat balls buatan si mas nie memang sedap dan ianya diakui oleh semua orang [ye ke semua orang? 0,0 Hari nie, keinginan aku tercapai juga. Si mas buka gerai hari nie. Apa lagi, aku pon tak berlengah lagi untuk memesan meat ball. "Mas, bagi  4 ringgit yang kurang pedas dalam mangkuk nie, dan seringgit lagi juga kurang pedas tapi simpan dalam plastik jer [yang dalam plastik tuh khas untuk anak buah aku...]

Kalau beli seringgit dapatlah 6 biji meat ball. Kalau 4 ringgit? 4 X 6 = 24 biji meat ball untuk aku seorang jer. Melantak seorang-sorang dekat dalam bilik. khihkhikhi...

Baru-baru nie ada juga aku try-try cari resepi buat meat ball nie tapi tuh larh, telampau banyak pula. Tak tahu yang mana satu asli. Tapi yang pastinya, yang sedap dan yang asli itu datangnya dari Indonesia... meat ball merupakan salah satu makanan di Indonesia. Meat ball biasanya dcampur dalam bakso. Tapi aku tak makan dengan bakso, aku makan hanya dengan SOS! Sedaapp.........

HeartBeat - Jom Ramai-ramai Join

0 Komen Terbaik
Entry pembukaan untuk bulan March 2011. Hehe. Salam semua. Harap semuanya sihat yer... Hurm, tub tub dah bulan Mac. Tak lama lagi nak raya dah...wah, terlebih sudah [tagline Stacy AF6, hihi]. Ohya, masa blogwalking dari satu blog ke blog yang lain, aku tengok semua pon busy promote Heartbeat nie. Aku rasa kebanyakkan blog yang aku singgah semuanya pasang banner Heartbeat nie. Nampaknya aku seorang jer yang belum join Heartbeat nie. [ye ke? aku seorang ke?]. Rasanya macam kelambatan pula.Hihi...

Siapa-siapa yang belum join tuh, mehlah join sekarang!!! [uii, tanda seru tuh]. Apa Heartbeat nie? Heartbeat nie fungsi dia ala-ala Nuffnang gitu. Ada klik dapatlah $. Satu klik kita dapat RM0.04 [oklah tuh, sikit-sikit lama-lama jadi....?]. Bukan tuh saja, jika ada orang lain join Heartbeat nie under kita, kita akan dapat RM2 bagi tiap-tiap orang yang join tadi. Dan minimum cashout pula sangat rendah iaitu bila dah cecah RM50. Best tak? Apa lagi, jomlah join...siapa lambat makin rugilah. Heartbeat nie dah famous sekarang tau. Kalau nak join, tengok cara-cara kat bawah nie ;- [harap ianya membantu yer]

-Psstt..nak Join? Klik banner di atas nie dan klik logo heartbeat seperti yang ditunjukkan di atas!-

-Klik dekat "Create Account"

-Kemudian keluar form macam nie, korang isilah dengan lengkap yer-

- Dah isi denga lengkap, klik ruang "I agree" kemudian tekan "Continue"-

Ok, siap register. Tapi belum siap sepenuhnya lagi. Continue lagi...


- Seterusnya, klik "Join HB Affiliate".

-Klik "Online Application"...

- Sekali lagi isi Form. Sila isikan maklumat yang diperlukan seperti nama blog korang, url blog dan juga maklumat penerimaan pembayaran kelak.


- Langkah terakhir, sila klik "Get Code". Di sini ada akan diberikan code banner untuk dipasang di blog korang. Terdapat empat jenis banner yang korang boleh guna iaitu horizontal, square, vertical dan text links. Pilih banner yang korang suka. Terdapat dalam pelbagai bentuk saiz. Cuma copy then paste kan kat blog korang. Nah, mudah kan? Tunggu apa lagi? Jom join. Jangan terlambat macam aku, kang rugi nanti. 

100% free join. Fungsi heartbeat nie ala-ala nuffnang. Kena click dapatlah $. Jangan risau, heartbeat nie tak ganggu nuffnang kita (^_^)

Related Posts with Thumbnails