TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Tuesday, January 4, 2011

Hrithik & Priyanka Bersatu Kembali

0 Komen Terbaik
Aku nak share kat korang nie, tadi aku baca news kat Kosmo, yang mengatakan Hrithik Roshan dan juga bekas    Miss World 2000 iaitu Priyanka Chopra akhirnya akan kembali bersatu setelah lima tahun tidak berganding bersama dalam sebarang filem di mana kali terakhir mereka berganding pada tahun 2006 menerusi filem Krrish. Kali nie mereka akan digandingkan dalam dua filem sekaligus iaitu filem Krrish 2 dan Agneepath.

So, bagi peminat Bollywood...nantikan filem dorang nie xpecially file Krrish 2 cez filem Krrish nie merupakan kesinambungan filem Krrish 2006 dan juga Koi Mil Gaya 2003. Ok? Muaahh...

Koi Mil Gaya - 2003

Krrish - 2006

Ambulung = Ambuyat?

2 Komen Terbaik

Tahu tak apa tuh ambulung? Hurm...kalau ambuyat pula, tahu? Erm...aku rasa kalau orang Sabah mesti tahu apa tuh ambuyat, kan? Mungkin ramai juga orang Sabah yang tak tahu apa itu ambuyat, tapi mungkin kalau dah tengok mesti tahu punya...hehe... Tapi, aku rasa...orang semenanjung pun ada yang tahu apa itu ambuyat, betul tak? Mungkin kat sana panggil lain kot. Ya ke?


Ambuyat juga dikenali sebagai ambulung oleh sesetengah kaum Brunei di Sandakan, Sabah. Ambuyat merupakan sajian makanan yang menyelerakan dan juga merupakan sajian utama bagi kaum Brunei selepas nasi. Bagaimanapun, makanan nie juga tidak asing bagi masyarakat Melayu, Bajau, Kadazan, Dusun, dan Murut yang turut gemar memakan ambuyat...

Cara penyediaan ambuyat nie senang saja. Cuma perlu tepung sagu dan juga kuah untuk dicecah yang mana disediakan mengikut citarasa masing-masing. Tepung sagu tadi digaul bersama air panas yang mendidih hingga menjadikannya kental dan kembang.

Tepung sagu digaul bersama air panas yg mendidih

Makan ambuyat nie tidak memerlukan sudu tetapi memerlukan kayu sepit. Unik kan? hehe. Penggunaan kayu sepit nie membolehkan ambuyat tadi dipusing dan terbelit pada kayu sepit tadi. Kelazatan ambuyat nie bergantung kepada kelazatan kuah yang disediakan. Menariknya ambuyat nie, ambuyat tidak perlu dikunyah macam nasi malahan terus ditelan begitu saja... Cubalah... ;D


Monday, January 3, 2011

Jadi Follower Bertuah?

0 Komen Terbaik
Jeng...jeng..jeng..., tak sangka pula aku wei! Tak sangka! Hehe... Kat blog WaveX, dia buat satu entry pasal nak umumkan follower dia yang ke-777. dan Follower tersebut adalah aku! Bagi aku, nombor 777 tuh memang nice sangat! Apa-apa pon, thanx sangat2 kat WaveX cez sudi buat entry tuh. suka sgt2x... ;D


Thanx WaveX!!!

GEMPAR! Wartawan Terkenal Hina Orang Melayu?

0 Komen Terbaik
Dalam berita KOSMO Online, hari ini 3 Jan 2011- Shah Alam, Seorang wartawan TV yang cukup terkenal dengan bait-bait pantunnya terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakkannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang melayu.

Gambar- Credit to Kosmo Online.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca TV dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya, wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap sehingga boleh menimbulkan salah tafsiran...

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Hurm, pembukaan Tahun Baru nie...macam2 kes!
Related Posts with Thumbnails