TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Tuesday, February 15, 2011

Sejarah Memperingati Maulidur Rasul

Generasi pertama kaum muslimin tidak pernah menetapkan tarikh atau waktu khusus bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak pula pernah memikirkan bentuk perayaan, ayat-ayat al-quran atau al-hadith yang perlu ditulis dikain rentang seperti yang diadakan sekarang. Kerana kaum muslimin ketika itu berpandangan bahawa keagungan dan kemulian Nabi Muhammad SAW tidak perlu dibimbangi akan lenyap atau dilupai oleh masyarakat muslim. Generasi pertama itu berpendapat tidak perlu untuk mengadakan kegiatan-kegiatan untuk memperingati hari kelahiran Baginda, kerana keadaan islam ketika itu masih murni, akidah mereka juga kukuh dan kesetiaan mereka kepada Nabi Muhammad SAW amat kuat, berbanding dengan masyarakat selepas itu.
Menurut Ibnu Jubair (540-614H), dalam kitabnya Rihlah (perjalanan), peringatan Maulidur Rasul yang pertama dipercayai berlaku di Kota Mekah al-Mukarramah. Menurut pengamatnya, pada setiap 12 Rabiulawal, rumah Rasulullah dibuka untuk dikunjungi oleh semua masyarakat mendapatkan berkat.

Pada abad ke07H, sejarawan Abu al-'Abbas al-Azafi dan anaknya Abu Qassin al-Azafi, telah mencatatkan dalam kitab al-Durr al-Munazzam, iaitu pada setiap 12 Rabiulawal tidak ada aktiviti lain yang dilakukan seperti jual beli kecuali kaum muslimin sibuk mengunjugi rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pada hari itu juga pintu Kaabah dibuka dan boleh dikunjungi oleh masyarakat islam.
Pada abad ke-8H, Ibnu Batutah juga mencatatkan dalam kitabnya al-Rihal, bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat Jumaat dan pada 12 Rabiulawal, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, pintu Kaabah dibuka oleh ketua kaum Syaibah, pemegang kunci pintu Kaabah. Pada hari Maulidur Rasul, qadhi dari mazhab Syafi'e Najmuddin Muhammad ibn al-Imam Muhyiddin membahagi-bahagikan makanan golongan syarif (keturunan Rasulullah) dan kepada semua penduduk Kota Mekah.

Peristiwa memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW terus berjalan setiap tahun di Kota Mekah dan Madinah sehingga tahun 1917M. Tradisi berkenaan dihentikan oleh kerajaan, meskipun masih berlangsung di rumah-rumah kebanyakan di Hijaz dan oleh seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.

Bagi kebanyakan kerajaan dunia Islam seperti Malaysia, majlis memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, dijadikan sebagai acara rasmi kerajaan dengan sambutan yang meriah setiap kali menjelang 12 Rabiluawal setiap tahun. Memperingati Maulidur Rasul SAW adalah relevan kerana kegiatan berkenaan adalah manifestasi dari perintah Allah yang mewajibkan hamba-Nya supaya sentiasa bersyukur dan mengingati nikmat kurnia-Nya, lebih-lebih lagi rahmat yang paling agung dalam sejarah tamadun manusia.

Tidak terdapat mana-mana nas al-Quran mahupun Hadith Sahih yang melarang untuk mengadakan majlis peringatan Maulidur Rasul. Bahkan peringatan Maulidur Rasul sentiasa dan perlu diadakan dan diperbaharui selaras peredaran masa dan zaman hanya saja selama kegiatan tersebut tidak dicampuradukkan dengan kegiatan maksiat.

Salam Maulidur Rasul kepada semua...

2 Komen Terbaik:

Eza said... [Reply]

salam maulidur rasul :)

Rose Johari said... [Reply]

Juga, salam Maulidur Rasul ;)

Related Posts with Thumbnails