TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Tuesday, February 8, 2011

Mari Mar (Philippines Telenovela)

Esok, hari rabu iaitu 9 Feb 2011 start pukul 3 petang akan main satu telenovela iaitu Mari Mar yang kira baru di Malaysia dan kira lama untuk di Filipina kerana telenovela nie telah ditayangkan di Channel GMA Network di Filipina pada Ogos 2007 sehingga Mac 2008 iaitu mempunyai sebanyak 159 episod untuk ditayangkan. Aku teruja sangat pula nak tengok Telenovela Mari Mar nie cez pelakon utama dia memang aku minat sangat iaitu Marian Rivera yang memegang watak sebagai Isabel & Dyesebel, dan Dingdong Dantes yang memegang watak Fredo dalam Telenovela Dyesebel yang pernah ditayangkan di Astrro Prima tahun lalu. Sebelum nie juga Dingdong Dantes pernah dah muncul di TV3 menerusi telenovela Stairway to Heaven dengan memegang watak sebagai Cholo. Kalau korang minat tonton drama-drama atau pun telenovela dari Filipina nie, mesti korang kenal punya dengan Marian Rivera dan Dingdong Dantes cez kedua-duanya merupakan pelakon yang sama-sama hebat dan Cantik & Handsome. Perrghh,....


Ada sedikit sinopsis jalan cerita untuk telenovela mari mar nie untuk korang:-

Gustavo seorang lelaki kaya telah mengahwini seorang wanita bernama Lupita. Namun, hubungan mereka nie tidak direstui oleh ibu si Gustavo. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Lupita melahirkan anak Gustavo yang diberi nama "MariMar". Ibu Gustavo berusaha untuk memisahkan anaknya dengan Lupita dengan mengupah seorang lelaki yang berpura-pura menjadi kekasih Lupita. Gustavo percaya yang Lupita telah curang terhadapnya. Lalu ibu Gustavo sendiri yang menghalau Lupita dan anaknya MariMar keluar dari rumahnya.

Gustavo akhirnya tahu yang bahawa isterinya Lupita tidak pernah curang dan semua itu adalah rancangan ibunya. Tapi semuanya telah terlambat. Gustavo berusaha mencari Lupita dan anaknya MariMar. Sebelum itu, Lupita pernah berjanji bahawa suatu hari nanti MariMar pastikan akan datang mendakwa apa yang menjadi hak miliknya. Suatu hari, ketika Gustavo melawat makam ibunya, Silva iaitu teman kepada Lupita memberitahu kepada Gustavo tentang keberadaan Lupita dan MariMar anaknya. Dan akhirnya, Gustavo telah bersatu kembali dengan Isteri dan anaknya.

Malang tidak berbau, apabila kapal terbang yang dinaiki oleh Lupita dan MariMar telah jatuh ke laut di mana Lupita telah didapati mati dan manakala MariMar tidak dijumpai. Marimar terdampar di sebuah pulau terdekat dan akhirnya dijumpai oleh Lola Cruz dan Lola Pancho. Seterusnya? alah, kita tengok larh apa jadi nanti ye? Hihi...peace.

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails