- Semua Pesakit Mental adalah Tidak Siuman
Kebanyakan penyakit mental tidak menyebabkan pengidapnya menjadi tidak siuman. Hanya sebahagian kecil sahaja iaitu yang mengidap penyakit psikosis yang melibatkan gangguan kewarasan, itupun kebanyakan daripadanya adalah bersifat sementara dan boleh dirawat.
- Semua Penyakit Mental disebabkan Faktor Genetik atau Keturunan
Di samping faktor keturunan, terdapat banyak faktor lain yang berperanan menyebabkan terjadinya penyakit mental. Buktinya, tidak semua mereka yang berpenyakit mental mempunyai anggota keluarga yang sakit serupa, begitu juga ramai daripada mereka mempunyai sejarah penyakit mental dalam keluarga tetapi tidak mengidap penyakit berkenaan.
- Pesakit Mental hanya boleh dirawat di Institusi Psikiatri atau Hospital Mental saja
Sebahagian besar penyakit mental boleh dirawat diluar institusi psikiatri. Malah kebanyakannya dapat dirawat sebagai pesakit luar. Yang dirawat di Hospital hanyalah mereka yang sakit teruk atau mereka yang mengalami 'relapse' [penyakit berulang] kerana memakan ubat.
- Pesakit Mental selalu Mengganas dan perlu Diasingkan
Jumlah pesakit mental yang mengganas adalah sangat kecil. Keadaan ini bersifat sementara saja dan terjadi kerana penyakit mental yang dialami tidak mendapat rawatan dan ianya bukanlah disengajakan. Dengan rawatan yang sempurna, pesakit mental akan menjadi lebih tenang, terkawal dan mereka tidak perlu disisihkan dari masyarakat.
- Pesakit Mental merupakan Orang yang Lemah Semangat dan suka menurut perasaanya
Pesakit mental bukan orang yang lemah semangat. Mereka kelihatan lemah semangat dan menurut perasaan akibat penyakit yang mereka alaminya.
- Pesakit Mental mempunyai 'split personality' kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat. Oleh itu mereka tidak boleh dipercayai.
Tanda-tanda yang ketara pada seseorang pesakit mental adalah akibat penyakit dan bukannya akibat 'split personality'.
-Walaupun punca penyakit mental tidak diketahui secara pasti, usaha mencegah panyakit mental ini masih dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui langkah-langkah intervensi awal terutama bagi mereka yang berisiko tinggi. Langkah-langkah pencegahan yang dapat dilakukan ialah pengendalian tekanan mental yang positif, peningkatan pemahaman kesihatan mental dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
2 Komen Terbaik:
betul2!!!!ramai yg salah anggap kan?
saya setuju...semua pesakit mental tidak akan menyebabkan pesakit tidak siuman...
contohnya, amnesia...
ia hanya penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami hilang ingatan...
Post a Comment