TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Wednesday, January 5, 2011

TYT Sabah Ke-10 - Istiadat Lafaz Sumpah

Nak share sikit nie tentang TYT Sabah yang Ke-10 yang baru sahaja dilantik bagi menggantikan Tun Haji Ahmadshah Abdullah yang mana perkhidmatan Tun Haji Ahmadshah Abdullah telah berakhir pada 31 Disember 2010.

Istiadat Lafaz Sumpah Tuan Yang Terutama ke Jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-10 ini telah diadakan pada 1 Januari 2011 (bersamaan 26 Muharam 1432H) bertempat di Istana Negeri, Kota Kinabalu, Sabah.


Biodata Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah.

TUAN YANG TERUTAMA
DATUK SERI PANGLIMA HAJI JUHAR BIN HAJI MAHIRUDDIN
YANG DI-PERTUAN NEGERI SABAH
S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., A.S.D.K., J.P.

YANG AMAT BERBAHAGIA
DATIN SERI PANGLIMA HAJAH NORLIDAH DATUK R.M JASNI

Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dilahirkan pada 5 November 1953 di Kampung Tambisan, Sandakan, Sabah. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Undang-undang) dari The Polytechnic, Wolverhampton (1980) dan Barrister-At-law, Lincoln's Inn London (1981).

Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin memulakan kariernya dalam Perkhidmatan Awam apabila beliau dilantik menjadi Majistret Kelas Pertama pada tahun 1982. Beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik pada tahun 1986 hingga tahun 1989. Pada tahun1990, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin telah diberi kepercayaann untuk bertanding dan menang di kawasan Parlimen Kinabatangan dan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut sehingga 1999. Dalam tempoh yang sama beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Selaku Ahli Parlimen dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau telah menyertai banyak Persidangan Antarabangsa dan Lawatan Ahli Parlimen di dalam dan di luar negara. Beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mulai tahun 2002 hingga 2010.

Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin telah mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan...

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails