Di sebuah perkampungan iaitu kampung hulu belalang telah diadakan satu pertandingan berenang merentas sungai di mana di dalam sungai tersebut terdapat beberapa ekor buaya tua yang ganas-ganas. Sebanyak RM10,000 akan diberikan sebagai hadiah kepada penduduk kampung yang berani menerima cabaran tersebut. Syaratnya mudah sahaja iaitu barang siapa dapat berenang melalui sungai yang ada buaya tadi dan selamat sampai ke seberang akan mendapat hadiah RM10,000.
Namun, tidak ada seorang pun dari penduduk kampung yang datang ke pertandingan itu yang berani untuk berenang ke sungai yang mana di dalamnya terdapat buaya yang ganas-ganas. silap-silap bukan RM10,000 saja yang melayang malahan nyawa sekali turut menjadi korban buaya tersebut.
Tidak semana-mana, tiba-tiba terjun seorang lelaki di antara orang ramai yang datang menyaksikan pertandingan tersebut. Punya main laju lelaki tersebut berenang sehinggakan buaya-buaya itu tak dapat mengejarnya. So, selamatlah lelaki tersebut hingga ke seberang. Apa lagi, orang ramai pun bersoraklah.
Lelaki tersebut pergi ke urusetia pertandingan tersebut. Ingat nak tuntut 10,000 tadi rupanya...
Urus Setia: Tahniah En., awak memang berani dan pantas. Ini dia 10,000 awak...
Lelaki tersebut: Saya datang ke sini bukan nak kan 10,000 nie,!!! Tapi saya mencari siapakah yang telah menolak saya tadi!!! Kurang ajar, kalau aku mati tadi di makan buaya siapa yg akan bertanggungjawab?
p/s: Laaaa, rupanya lelaki tadi takda niat pun nak join contest tuh. Tapi dia telah ditolak terjun ke dalam sungai tuh. Tuh lah pasal dia laju berenang... hihihihi...apala...
5 Komen Terbaik:
lawak2...hahaa...
buat tersedak je nih..huh..seb baik minum air je..
Wakakakaka.. Cian..
hahaha. itu namanya rezki jatuh ke riba! itulah pngajarannya setiap kali d timpa musibah berabarlah kerana pasti ada nikmat yg menanti. hehe
Marzuki: hihi, sian...org takde hati pon nak join...tak pasal2 kena tolak.hihi..
Anitafahsa: khikhikhi....
r-5 @ ikanmasin: a'a pasti ada nikmat. tapi sikit lagi jadi santapan sang buaya dlm sungai.hehehe.
hahaha lawak2
Post a Comment