TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Wednesday, December 29, 2010

Coretan 2010 - Episode 3

Selepas cerita sedih & cerita tentang konvo tuh, aku mau sambung cerita aku yg seterusnya cez tinggal 2 hari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya...

Selepas tahlil 100 arwah nenek ku, aku dapat interview SPA bagi jawatan Penolong Juruaudit & Penyelia Banci penduduk oleh Pesuruhjaya Banci dan Penduduk 2010. Mungkin bukan rezeki ku untuk jawatan Pen.Juruaudit tuh walaupun aku mau sangat dan suka sangat dgn jawatan tuh. Bukan rezeki aku mungkin kan... (^_^)

Meskipun begitu, aku dilantik sebagai Penyelia Banci pula wei...biarpun kontrak tapi oklah daripada tiada. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hihihi... lagipun, lumayan juga gajinya...



Seramai 38 orang penyelia telah dilantik (kalau x salah ) dan daripada tuh hanya 8 orang sahaja perempuan dan akulah salah satunya. ;D  Orang yang mula2 aku jumpa dan terus rapat time banci hari tuh ialah Aishah. Hehe... aku suka kawan dgn aishah cez hurm kalau korang kenal dgn dia pasti korang setuju dgn aku... hihihi

Banci pneduduk 2010 bermula dengan rasminya pada 6 Julai yang lalu dan sewaktu banci hari tuh, macam-macam pengalaman yang aku dapat. Yang pertama sekali yang aku akan ingat ialah waktu color kulit aku bertukar 80% kepada color hitam. Yala, aku tahu aku nie bukanlah putih sangat. Sawo matang gtu.hehe... Memang hitam aku gara-gara banci atri tuh. Dan sampai kulit aku...hurm..masih hitam...tapi ndakla sehitam time banci. Errrr........

Macam-macam jenis orang yang aku jumpa masa banci. Ada yang baik, ada yang sanggat baik sampaikan kami dipelawa launch sedangkan dirumah responden tuh sedang berkabung kerana ada family mereka yang baru passed away... tengok manusia nie, yang kurang harta pula yang terlebih baik sehingga sanggup mempelawa kami makan (team kami ada 9 orang untuk satu kawasan dareah banci), tapi orang kaya? Sudahlah minta maklumat susah, kasih masuk pun tak. Di pagar mereka yang berkunci tuh saja kami interview dorang. Lagilah yang ada anjing...sampai sanggup melepaskan anjing mereka gara-gara tak mahu diinterview. Hurm...manusia-manusia....

Daerah Banci 009 -2010

Ini gambar aku tengah bagi taklimat berkenaan banci dihadapan 230 orang
-Fuuh...seram sejuk aku rasa time nie ;D -

- Memang betul2 hitam. tgklah kulit dorang nie.-

Nanana...penyelia mana larh nie yg meyelongkar kotak dokumen banci ari tuh =p

Luv this moment. Nvr forget. Nvr!!! 

2 Komen Terbaik:

Cik Puan Fia said... [Reply]

cepat lah sambung cita

Rose Johari said... [Reply]

thxx fia...dah sambung dah... ;D

Related Posts with Thumbnails