Macam biasalah setiap kali musim perayaan terutamanya Hari Raya AidilFitri masa tue lah rancak kedengaran bukan saja setakat kanak-kanak yang bermain mercun tetapi orang dewasa turut sama memeriahkannya...
Memeriahkannya? Hurm, bagi aku kalau setakat nak main mercun yang tak bahaya contohnya seperti bunga api ke, leletop ke ok lah. Nie sampai ada yang main yang bunyinya mengngerikan seperti bunyi Bom yang meletop! Aku rasa semua orang tahu keburukan bermain mercun nie. Contoh paling mudah adalah tempat aku sendiri. Belum raya lagi nie...baru masuk bulan puasa tapi bunyi mercun sana sini kedengaran. yang aku geram tuh time subuh time nak sahur pon kanak-kanak jiran sebelah rumah aku boleh-bolehnya main mercun. Macam dah takde esok ke lusa ke nak main...
Kan mencun nie boleh mengakibatkan kebakaran. Ada jenis mercun yang boleh terbang tinggi dan mercun kampung iaitu "Ladom" sebenarnya sangatlah merbahaya kepada rumah mahupun rumah papan atau pon rumah batu. Kalaulah tadi orang yang main mercun tue terkena rumahnya sendiri then rumahnya saja yang terbakar takpe...ini? tak pasal-pasal rumah orang lain juga turut menjadi mangsa... Jangankan rumah...silap-silap nyawa yang melayang oii... so,renung-renungkan lah baik buruk bermain mercun nie...ok.
0 Komen Terbaik:
Post a Comment