TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Sunday, August 29, 2010

Buat Duit Dengan Survey

0 Komen Terbaik
Satu-satunya Program Survey Online di Internet yang bayar ahlinya untuk jawab soalan survey ialah AWSURVEYS. Ramai yang tak percaya dan ramai yang mengatakan A.W Surveys adalah Scam atau Fraud. Tapi kalau betul Scam mengapa ramai dah yang terima bayaran daripada pihak A.W Surveys? Ramai kawan-kawan saya yang dah join DAN dapat bayaran. Aku pun mula-mula tak percaya. Tapi, kalau kita CUBA, tak mustahil kan? So, mari kita menCUBA hari ini.

Jom ramai-ramai kita join. Tak rugi punya. 100% Percuma. Ikut langkah-langkah di bawah ini untuk mendaftar:



1. Mesti ada akaun Paypal. Kalau belum ada, sila register dekat sini : www.paypal.com
2. Pergi ke laman web ini. Namanya AWsurvey.com.
3.
Klik dekat "Create A Free Account". Sila isi username, password, first name, last name, gender, age & email anda.
4. So, lepas itu. Anda boleh jawab soalan survey yang sangat mudah.
5. Kurang dari sejam, anda dah boleh dapat $27 usd. (Terutamanya untuk bulan ini )
6. Promosi kat kawan-kawan anda. 1 orang = $1.25 dollar.
7. Minimum payout adalah $75.
8. Tapi $25 untuk processing fee. So, bila kita withdraw.
Kita cuma dapat $50 sahaja = RM175


Ok lah tu dapat free-free RM175 kan? Kira banyak juga tu. So, rajin-rajin lah buat promosi. Promosi kat blog ke, iklan percuma ke, Facebook ke dan banyka lagi.




Selamat Mencuba


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Thursday, August 26, 2010

Fighting Umbrella Corporation

0 Komen Terbaik

Ya! Resident Evil Kembali lagi September nie dengan Teknologi terbaru 3D (James Cameroon’s AVATAR camera system technology). Yaa...kali nie dengan "Action" yang lagi real beb! Aku rasa korang semua pon tahu movie Resident Evil nie mengisahkan tentang apa kan? Hurm...dulu-dulu pon (aisssh...macam cerita dulu kala pula...hehe) aku tak tahu pon tentang Movie nie. Aku start tertarik dengan Resident Evil nie masa zaman sekolah dulu time kegemilangan PS (PlayStation)...Ha di situlah aku tahu tentang resident evil nie iaitu melalui game.. Aku kalau diikutkan memang aku suka sangat dengan game resident evil nie cez masa main tue macam real pula umpama aku larh "Alice" - Milla Jovovich yang menembak para zombie time tue. Game resident evil memang mencabar! Masa main tue semua perasan ada...takut...bangga...kesian... dan macam-macam lagi larh. Tapi apa pon...dalam banyak-banyak game resident evil nie aku suka yang part III...iaitu Resident Evil-Nemesis! Best gilerr... kemudian baru aku berjinak-jinak dengan movie real nya yang aku beli package DVD...

Angan-angan aku kalau larh aku nie c Alice atau pon Claire... Naaa...aku akan malawan berabiz kumpulan penjahat yang dinaungi oleh Umbrella Corporation agar tidak ada lagi manusia yang terkorban atau menjadi mangsa akibat kajian gila Umbrella Corporation... Kalau larh satu hari nanti aku juga mendapat jangkitan virus zombie aku berharap akan ada saintis yang mencipta satu penawar untuk bisa memulihkan mereka yang telah menjadi zombie...hehe... angan-angan weiii... Teringat pula aku cerita Zombie Kampung Pisang... Lawak giler...hehe

Photobucket
-Aku Larh nie =-)
: ALice @ Claire @ Rose... Hehe... :

'poster'

Sypnosis
The fourth installment of the hugely successful RESIDENT EVIL franchise, RESIDENT EVIL: AFTERLIFE is again based on the wildly popular video game series, and will this time be presented in 3-D. In a world ravaged by a virus infection, turning its victims into the Undead, ALICE (Milla Jovovich), continues on her journey to find survivors and lead them to safety. Her deadly battle with the Umbrella Corporation reaches new heights, but Alice gets some unexpected help from an old friend. A new lead that promises a safe haven from the Undead takes them to Los Angeles, but when they arrive the city is overrun by thousands of Undead – and Alice and her comrades are about to step into a deadly trap.


Wednesday, August 25, 2010

Sungai Dalam Laut? MAHA SUCI ALLAH...

0 Komen Terbaik
Aku ingin kongsi sebuah kisah/cerita yang bagi aku amat menarik untuk semua. Mungkin korang dah pernah dengar cerita nie dan juga mungkin belum... Tapi apa pun kisah ini adalah berkaitan dengan KEAGUNGANG ALLAH... iaitu Tuhan yang telah menciptakan K.I.T.A dan seisinya di Dunia ini... Sebelum tuh Aku nak ucapkan "Terima Kasih kepada Us.Halim kerana kisah yang menarik untuk renungan kita semua..."

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
Photobucket
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Photobucket
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.”Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Tuesday, August 24, 2010

Kebanggaan Ku - Novelis Sabah: Ramlee Awang Mursid

0 Komen Terbaik










Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Related Posts with Thumbnails