TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Sunday, August 22, 2010

E-Book Percuma - 1001 Rahsia Mimpi

Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat AlQuran, Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umatumatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.



Rasulullah adalah teladan kita, seluruh kesehariaannya adalah panduan kita ikut dalam ‘terjaga’ atau terlelap sekalipun.

Rasulullah shallahu’alahi wasallam biasanya tidur di awal malam dan bangun di akhir malam untuk melaksanakan solat.

Seorang muslim hendaknya selalu bermuhasabah diri sebelum tidur tidur tentang apa yang telah dilakukan selama sehari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan “Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat. Sebelum tidur disunahkan berwudhu terlebih dulu serta mengiring ke sisi kanan ketika tidur. Menjelang tidur, disunnahkan membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan.

“Jika engkau hendak menggunkan tempat tidur, maka sapulah atau kibaskanlah dulu, kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya”. Dan dalam riwayat lain, “tiga kali”. (HR. Muttaqun’alaih)

Dimakruhkan tidur dengan tertelungkup/meniarap, "Tidur tetelungkup/meniarap itu merupakan kebiasaan penghuni neraka”. (HR. Ibnu Majah)

Disunatkan membaca ayat kursi dan akhir surat Al-Baqarah serta surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas serta membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

“Rahsia mimpi ini adalah tafsiran dan ramalan sahaja. Anda dinasihatkan untuk tidak mempercayainya 100%. Semua qada & qadar adalah disisi Tuhan Yang Esa.”

Download E-Book 1001 Rahsia Mimpi. Klik SINI.


0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails