TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Saturday, August 21, 2010

Drama Best Filipina - Dyesebel

Dyesebel...
Ada sesiapa yang dah habis tonton ke semua siri "Dyesebel"? Bagi sesiapa yang dah habis tonton, apa pendapat korang? Best tak? Erm, bagi aku cerita "Dyesebel" memang Betul-betul Best Punya!!! Biar pun macam agak merapu tapi jalan ceritanya memang best. Semua eleman ada iaitu dari segi Percintaan, Kasih sayang seorang ibu, Kisah kekeluargan, Permusuhan, Perebutan Kuasa, dengki dan banyak lagi lah. Sebab apa saya kata macam agak merapu? Jangan salah sangka, saya katakan demikian kerana ianya menceritakan kisah seekor duyung iaitu dyesebel. Betul ke ada duyung? Biar apa pun aku tetap suka dyesebel!!!

Serba sedikit tentang jalan cerita "Dyesebel":

Dyesebel adalah watak puteri Duyung yang popular yg dicipta oleh novelis grafik terkenal iaitu Maarikh Ravelo. Cerita Dyesebel ini telah diadaptasikan ke dalam 5 filem yang berasingan.

Kisah Dyesebel ini bermula ketika seorang puteri Duyung yang berubah menjadi manusia iaitu Ratu Lucia (Jean Garcia) jatuh cinta dengan manusia iaitu Tino (Wendell Ramos). Kemudian Lucia & Tino berkahwin dan mendapat seorang bayi yang cantik tetapi bayi tersebut bukanlah manusia malah seekor duyung yang kemudiannya diberi nama "Dyesebel" (Marian Rivera). Walaupun terkejut dengan kejadian tersebut, Lucia dan Tino tetap menyayangi anak mereka. (Lucia juga terkejut kerana semasa dia berkahwin dengan Tino Lucia telah hilang ingatan dan Lucia sendiri tidak mengingati masa lalunya di mana satu ketikanya dia merupakan Seorang ratu Duyung di Serenia...)

Tetapi Masyarakat disekeliling mereka mula menuduh dyesebel sebagai pembawa malang kerana pada masa itu banyak bencana alam telah berlaku. Lucia tidak mempunyai cara lain untuk menyelamatkan anaknya dan Lucia mengambil keputusan untuk melepaskan dyesebel ke laut dengan perasan yang amat berat sekali. Begitulah Kasih seorang ibu.

Apa terjadi kepada dyesebel? Korang tengoklah sendiri. Kat Youtube pun ada. Hehe

Beberapa Characters yang aku suka di dalam cerita dyesebel:

Marian Rivera sebagai Dyesebel atau Isabel
Dingdong Dantes sebagai Fredo Legaspi
Jean Garcia sebagai Ratu Lucia atau Dona Ava Legaspi
Rufa Mae Quinto sebagai Amafura
Alfred Vargas sebagai Erebus
Bianca King sebagai Betty Salcedo
Paolo Ballesteros sebagai Bukanding


Photobucket

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails