Ok, aku nak sambung cerita hari ke-2 kami semasa berada di Bandung hari tuh. (hari tuh? hahaha bunyi macam kelmarin kan? lol kiteorang pergi time tuh Bulan Jan 2014. Sekarang baru ade semangat nak memblogkan semua kisah-kisah Jakarta Bandung kami tuh hehehe).
Di hari ke-2, tempat pertama yang kami tujui ialah Kawah Putih! Supir kami mencadangkan, kalau mahu ke Kawah Putih kena pergi hari-hari biasa (weekdays), jangan pergi time hujung minggu kerna nanti dikhuatiri maccet! (jammed). So kami pun pergilah di hari Jumaat (hari ke-2 kami).
Korang kalau pergi ke Bandung nanti, salah satu tempat WAJIB ialah Kawah Putih. Pemandangan best wei! Siapa-siapa nak buat gambar pre-wedding pun boleh kat kawah putih. hehehe...
Station pam minyak yang ade di Bandung.
Masjid Besar Ciwidey - korang akan jumpa semasa on the way ke Kawah Putih
Otw ke Kawah Putih.
Ok, sudah sampai. Belum sampai lagi sebenarnya. Ini check point nak beli ticket untuk pergi ke atas "Kawah Putih". Harga ticket lumayan mahal juga wei dalam sekitar rm15-20 per person.
Ok, dah sampai Kawah Putih. selfie!
Kena beli nak pakai topeng macam ni. Sebab bau belerang (Dulunya Kawah Putih ni merupakan salah satu gunung berapi yang aktif.
Beli belerang 1 paket...sampai sekarang tak cuba-cuba juga. Takut!!!
Selesai menikmati pemandangan yang sungguh menakjubkan itu, kami pun dihidangkan dengan Fresh Juice Strawberry.Free tau! (actually takde lah free sangat pun hahaha cez ticket masuk tadi dah sekali lah dengan jus ni hehehe)
Untuk makan siangnya/tengah hari - Kami di bawa ke Saung Andir. Wah...boleh tahan juga masakan di Saung Andir ni. Ayam bakar best wooo!